Andai lelaki tahu...Apabila seseorang perempuan itu jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya dihatinya.
Andai lelaki tahu...Apabila seseorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai lelaki tahu...Apabila seorang perempuan cepat marah, dia memang tidak mampu mengawal perasaannya. Tapi percayalah itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat sahaja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pasa seseorang, semakin banyak pula pertelingkahan yang berlaku.
Andai lelaki tahu...Apabila seseorang perempuan itu banyak bercakap, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai lelaki tahu...Seorang perempuan itu berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. Tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu...Apabila seseorang perempuan itu cemburu dan tidak percayakan anda itu bukan bermakna dia tidak sayang..sebaliknyaa dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda seperti anak kecil yang perlukan perhatian. Kadang-kadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati lepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu...Apabila perempuan itu merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dirinya dihargai..
Andai lelaki tahu...Apabila perempuan jarang mengatakan ' I love You,' itu tudak bermakna dia tidak mencintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..
Andai lelaki tahu...Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayangan kamu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu...Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik daripada diri kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya menguji kamu. dia mahu melihat bagaimana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sememangnya kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan masih menganggap ramai lagi yang lebih baik dimatanya, tetapi dihatinya kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu...Apabila perempuan itu menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Entry aku kali ni, tak tahu lah ape motif tapi tetibe terdetik je nak post pasal KENANGAN :') Why should i post this entry? Entah lah, aku ni kadang2 suka sangat teringat kenangan lama lama. Bila pikirkan pasal kenangan lama, automatic airmata aku jatuh. Laju pulak tuu. HELLOOO aku bukan lerr nak kata aku lemah ke hape, i'm not that type of person. Tapi biase lah perempuan, bila emosi tak stabil dah dtg, ha cenggini ah jadinya. Mcm mana nak lupuskan kenangan dalam fikiran aku ni wey? Grrrr rasa mcm sadis gila je cerita aku ni tapi......tapi ni lah yg aku tgh alami weyy. Aku dah bahagia sgt dgn kehidupan aku sekarang tapi bila teringat KENANGAN, aku jadi mcm mengade2 nak feeling2 gitu. Ape kes? Tolong lerr paham. Hahaha, rmi org ckp kenangan mmg susah sgt nak lupa kan? Tapi kalau diikut ikutkan sgt payah jugak. So buad buad jelah lupa k DAYA? Cipta kenangan baru. Ramai dah org ckp cmtu kat aku. Kawan kawan aku semua dah support aku skang bagi kat aku semangat yg hilang dulu, so pehal aku nak ingat all those things yg nonsense yg tak bagi ape2 meaning. HA HA HA, k aku kene kuatkan semangat lupakan semua tuu. Jyeayhhh, bosan nya entry aku kali ni. Menguap dah aku. K lah bye bye ^^
Assalammualaikum semua ;) Starting today, aku dah start cuti tuk study week. Ingat kn balik kali ni dpt lerr aku balik Ipoh lame sikit. Tapi kene pegi kl pulak. Haihh, smlm kakak aku bagitahu maybe balik Ipoh rabu ni. Ya Allah haritu dia kata nak balik Isnin then bila tanya kenapa, da kata dia tak dpt cuti pulak. Hemm, aku dah ler plan nak balik Pineng rabu tu. Sbb nak stduy ngan mmbe2 aku. Takkan aku nak kene anjak kan cuti aku lagi sampai hari Jumaat? Pening lah pikir. Hmm, Isnin dah exam. Naseb lah aku bwk balik buku tuk study so boleh lah jugak aku pertimbangkan nak balik Pineng hari ape. If aku balik Pineng hari Rabu tu, mmg harapan jela nak jumpa Apiq kan. Dahla dia last cuti mggu ni je. Cmne eh? Nak balik Pineng Rabu ke Jumaat? If balik Jumaat pun sempat lagi nak study dgn mmbe2 aku kan hari Sabtu Ahad tu. Ahh, help me, help me T.T If tak jumpa Apiq, nt aku rindu pulak. Akan dtg tak tahu lagi bila nak jumpa kan. Rasa mcm nak balik Jumaat je. Har har menyetan je aku ni. Tak sedo nextweek dah final. *tepuk dahi* Ahh nt2 lah pikir. So, skang ni aku nak tanya diri aku sendiri. Dah prepare ke nak final cik kak oii? Laaa confim lah belum. Otak aku serabut nih. Tambah2 subject COMPUTER HARDWARE. Ape tu weh? Apeeee? Sesusah susah subject programming pun, boleh lah gak aku score. Yg HARDWARE ni? Apahh pun aku tak paham doh. Hrrr cmne aku nak paham subject ni?????? Result hardware aku tak pernah ler nak menyedapkan hati langsung pun. Bukan aku sorang je yg ngadap masalah ni, mmbe2 aku pun sama tahu tak?? Dlm kelas aku budak laki je yg pro subject ni. Yg pmpn? Semua hancusss lebusss. Aku harap lah nextweek tibe2 miracle dtg lak kan. Haha, at least kalau hardware ni dpt B pun jadilah. Janji jgn C D E and tutttttt. Aku taknak repeattttttttt subject nii. Nt jadual lagi padat. Namo namo namo *geleng kepala* K lah nak study lah. Cewahhh bajet je tetibe nak study. Har har, next time update lagi. Byee Assalammualaikum ;)
Assalammualaikum ^^v Haluuu STALKER :p Makin hari, makin bertambah je page views kat blog aku ni. Nampak sangat ade orang stalk. Sebok sangat hal aku pehal? Pergilah buad hal sendiri. Takyah nak sebok sebok dah. Blog aku tempat luahan aku, suka hati lah aku nak buad ape pun. Nak buad ayat sedih ke, ayat happy ke, ayat maki maki ke. Ade ganggu hidup korang ke? Takkan ade sape pun yang baca blog aku ni melainkan ade org yg bagi LINK blog aku kat org lain. Haihh lantak lah. Malas pikir. K harini nak cite pasal kelas aku pack sangat harini. Puncanya sebab semua nak balik awal esok so semua kelas esok ganti harini. HAHA, kelas aku harini dari pukul 8 pagi tadi sampai 3 baru habis. Non-stop tahu tak? Aku dah lah dengan tak makan paginya, terkejar2. And paling penting AKU LAPAR. Har har, lega gila bila oral n test BI dah selesai tadi :D Kalau ikutkan test tu buad esok, but aku mintak excuse dengan miss Diyana nak buad awal. Naseb miss Diyana tu baik. Hihi, classmate aku semua buad test tu esok. Gudlak korang. Soalan dia boleh tahan lah susahnya. Hahaha, esok dah lah tiket bas pukul 8.30. Mmg kelam kabut lah citernyee kalau buad test pukul 7.30 pagi esok. Har har, everything's done today, ALHAMDULILLAH ;) Fuhh lega siakkk. Okay pasal class dah settle, now pasal abah aku. Pagi tadi akk aku bagi mesej and doktor dah sahkan abah aku kene operation Khamis ni :'( Aku yang cuak ni. Hemm, mintak2 lah semuanya selamat. I'll always pray for you ABAH :') Naseb lah sempat nak pergi melawat ayah aku esok before dia pergi operation. Hanya doa je yang mampu dyh bagi ni. Eeee sedih lah. Tolong lah paham aku sedih sekarang ni. Ce kalau jadi kat tempat korang, baru korang tahu rasa cmne. Hmm, tak sabar sangat2 dah ni nak jumpa family aku. Bayangkan lah dah 5 minggu lebih aku kat poli ni tanpa balik. Mana lah tak rinduuuuuu serindu rindunyaa. Haih, duit yang parents aku bagi pun makin lama maikn berkurang je. Naseb lah ade PT. Tu pun tak guna banyak. Sbb nak jimat. Mmg aku jimat sangat lah sepanjang 5 minggu tak balik ni. Hope berterusan lah aku tak boros. Biar duit kat Kad Bank Islam aku ni beranak pinak. Haha, InsyaAllah. Okay laaa, cukup lah setakat ni aku bebel. Byee byee blogger and stalker :p Muahhh :* #ehhh
Assalammualaikum, harini ayah aku dah masuk IJN. Pagi2 lagi tadi dah dapat fon kol dari abah. Satu family aku dah ade kat sane, tapi aku je tak dapat join lagi. Hemm hemm :'( Cepat lah raya haji. Nak jumpa family aku. Rinduuuuuuuu sangat dah ni. Time kol tadi, aku tanya lah abah aku, nape masuk IJN? Then dia kata injap jantung dia rosak. Time aku dengar tuu still boleh tahan lagi tapi bila fon tu dah pas dekat mak aku, terus sebakkk gila. Sayu je dengar suara ayah aku tadi. Sampaikan mak aku risau then tukar topik terus sbb taknak bagi aku lagi sebakk. Apelah lagi dugaan lepas ni. Dah lah haritu dugaan break dgn Apiq. Suka sangat nak menambahkan dugaan aku. And now? Abah aku pulak. Aku tahu semua yg jadi ni ade hikmah but kenapa masalah ni dtg mendadak? Sampai kan aku kene kawal diri aku dari semua bende ni dalam satu masa. Aku takde lah sekuat yg org lain sangka, but aku kene jugak tunjuk yg aku kuat. Sbb mungkin Allah tu nak uji aku. Mungkin Dia nak tengok aku ni boleh terima tak dugaan yg Dia bagi ni. InsyaAllah aku akan cuba tabah, kuatkan semangat. Berkat sokongan kawan2 aku kat poli ni, aku boleh tutup kesedihan aku. Thanks korang sbb selalu support aku. Aku terpaksa sibukkan diri sbb taknak pikir semua masalah ni. Nt automatic je aku leh nangis bila sorg2. K lah harini serious takde mood nak update pepanjang. Cukup lah takat ni je. Kbye Assalammualaikum :')
Heyy huii Assalammualaikum guys ^-^ Lama dah aku tak update blog. Almaklumlah aku mana ade laptop lagi. Duit PT pun belum tahu keputusan lulus ke tak. Haihh sabo jelah. So kerja aku dok pinjam lappy kawan je. Kesian kan aku? Hewhew, naseb ah mmbe aku semua baik baik belake. Hihi:p, okay okay now berbalik pada tajuk, pasal my life in PSP? Camne lah agaknye kan? Pejam celik pejam celik dah nak dekat 4 minggu dah aku kat sini. Uih, cepat sangat mase tu berlalu. Ni nak share share story sikit dgn hampa. CEWAH KAN DAH KELUAR LOGHAT UTAGHA AKU, hahaha:p setakat ni so far so good :D Best sangat masuk PSP. Tak nyesal langsung. Even situation kat sini macam sekolah sikit tapi ape nak kesah kan? Janji aku dapat sambung belajar daripada org yg tak dapat sambung belajar mane2 tu lagi kesian. Kat sini mmbe aku semua sekepala. Baru je 5 hari kenal dengan dorang, dah rasa mcm 5 tahun kenal. K nampak tak ade penipuan kat situ? Hahaha. Roommate aku pun alhamdulillah lah pengemas orangnye. Fuhh naseb baik ==' bukan ape, rimas lah if dapat mmbe yg tak reti nak kemas2 bilik. Nak tido pun tak selesa kan? So syukur sgt dpt roomate satu kepale and pengemas. Nama dia Nur Azwa Hanani tapi kitorang panggil wawa, dok pineng :) Tapi dia tak satu kelas dgn aku, just satu jabatan je teknologi maklumat & komunikasi. Dia amik Networking. Hee:D
Ni dia Wawa aku :) Tu bilik kitorang. K burukkk -.- Haha
K ni baru permulaan cite. Pasal Wawa dah habis, now nak cite pasal membe bilik sebelah lak. Haha:p, pasal LIN ngan IKA. Dorang ni orang perak. Lin dok taiping, Ika lak Alor Pongsu. Lin satu kelas dgn wawa, Ika lak dia amik Islamic Banking. Rapat dgn dorang pun since mula2 masuk PSP. Baru nak mencari kawan lah katakan. Hihi:D At last jadi satu geng lak kitorang 4 orang. Si Lin ni kan suka panggil aku SENGET. Aku pun tak tahu nape. Tapi naseb panggilan tu comel. Haha
Dari kiri : Wawa, Lin, Ika :)
Tu baru pasal Wawa, Lin ngan Ika, skang ni pasal Fazira dgn Shahira lak. Hahaha, dorang ni lagi ah gegile. Asik gelak je dgn deme ni. Tak sah. Haha, dorang satu kelas dgn aku. Tiap kali dalam kelas je, muka dorang dua ni jela yg asik dok sebelah aku. Takde muka lain dah. Hobi aku kat sane drop depe dua ni laa. Si Shahira ni loghat pineng diaaaa kalau korang nak tahu perghhh pekat nak mampuih. Haha, best gila kot dpt drop dia. Hihi, si Fazira lak, pangai dia mcm aku je suka sangat snap pic. Kemane saje, mesti nak snap. Hahaha, dah tabiat kitorang cmtu nak wat cane kan. Hehe:D
Depan: Shahira
Belakang: Fazira
Rasanya cukup lah aku perkenalkan mmbe aku kat PSP ni, sat lagi kang ade lak yang berkenan kat mmbe aku. Hahaha, sibuk je sape yang nak kenal2 dgn mmbe aku. Hahaha:p, ni nak tnjuk sikit gamba2 since aku kat PSP ni. Aku kan gila bergambar, smpai kan gamba kat fon aku pun dah berlambak. Tak larat nak padam wehhh. Meh sini tengok meh :D
Me as a student of diploma in programming :)
Dia comel kan? Hehe ;)
Dalam kete pun jadi nak snap pic. Tu aku kate kitorang mmg gila gamba. Har Har :p
Time ni penutup MSK stand for Minggu Suai Kenal :D
MSK ^^
Kat Dewan Sri Mutiara
Our batch sesi JUN 2012
3 of us. K peaceee ^^v
Ni bilik aku. K buruk =.=
Time ni nak pegi Bazar, hihi :D
We are student of PSP ;)
Dgn budak gedik ni lagi :p
Kami comel? Tahu dah. Hahaha
Dari kiri: Fazira, Shahira Ismail, Shahira Kecik
Time kokurikulum, penat habakkk hang
K aku mcm budak sekolah :p
Kami lagi. Sure bosan je kan? Ade aku kesah?
Sayang mereka <3
Bilik kuliah pun cm sekolah je. Err --'
My classmate :D
Time programming principle
Kami memang shweeeet <3
Me with spect. Ouh skemaaa ^-^
@Aeon Seberang Perai
Taklimat MSK kat DSM :)
WAWA sayeeee :*
Gotong rotong timeeeeeee ^^
My Babyyyyy Boo <3
Lin Si LURUS :D
Ni lah kehidupan aku kat PSP. Hope aku belajar sekali arung je. Taknak repeat2 sem. Mintak simpang ohh. Korang doakan aku success k :) Thanks kat sape2 yg sudi baca blog aku. Akan dtg aku update lagi pasal story lain lak. K assalammualaikum :)
Hey Assalammualaikum korang, tadi aku ter "SEARCH" lah kat google kan, lepastu ter "NAMPAK" satu article ni, so mcm menarik pulak tu yang aku post kat blog aku. Bacalah okay especially laki laki kat luar sane tuu. WAJIBbaca, hee ^^
1. Kadang-kadang perempuan suka sangat cakap yang dia tak kisah. Contohnya :"Saya tak kisah awak nak keluar dengan kawan-kawan. Mereka kan lagi penting. Tak pe. Tak pe. Keluar lah. Malam ni tak payah mesej or call saya ea. HEHEHEHE" Opah lu la! Dorang kisah sebenarnya.
2. Kadang-kadang perempuan memang susah nak hantar mesej permulaan kepada lelaki yang dia sayang. Bukan apa, dorang ni tak suka dikatakan terhegeh-hegeh sangat. So, kepada lelaki, jangan fikir perempuan tak sayang pada korang bila dorang tak hantar mesej or call korang dulu. Tak salah pun kalau lelaki yang mulakan perbualan.
3. Jangan marah dan jangan kata tak suka kalau perempuan tu bersikap ego. Kadang- kadang perempuan TERpaksa bersikap ego untuk mempertahankan maruah diri.*gua tak kata selalu, gua kata kadang- kadang (mengikut situasi dan keadaan)
4. Perempuan paling tak suka kalau lelaki mendekati mereka hanya kerana mahu berkenalan dengan rakan-rakannya yang cantik je. Berkawan biarlah ikhlas. Jangan lepas dah dapat yang cantik, yang hodoh ditinggalkan.
5. Perempuan amat sensetif bila lelaki yang dorang sayang menengking dorang secara tiba-tiba. Sebab tu kebanyakan perempuan akan cuba menjauhkan diri dari lelaki yang mempunyai sifat panas baran.
6. Percaya atau tidak, kebanyakan perempuan akan menyukai barang- barang kesukaan lelaki yang dorang sayangi even barang tu adalah barang yang dorang langsung tak suka. Bukan setakat barang-barang, makanan, lagu dan warna yang lelaki suka pun perempuan akan suka juga.
7. Jangan marah jika perempuan terlalu emo. Kadang-kadang perempuan emo sebab dorang ni TERlalu sayang kepada pasangan dorang dan takut kehilangannya. Tapi selalunya perempuan sangat emo bila waktu dorang ABC. So, jaga lah hati dan perasaan perempuan masa dorang tengah ABC. Alaaa, bukan hari-hari dorang ABC, sebulan paling lama 14 hari je kan? Har har.
8. Perempuan sangat mudah berharap. So, kepada lelaki-lelaki di luar sana, jangan bagi harapan kepada seseorang perempuan kalau korang sendiri pun tak pasti samada harapan yang korang bagi tu dapat ditunaikan ataupun tidak. Dan kadang- kadang, "Action speak louder than speaker!". Lelaki memang tak pernah cakap dia sukakan seseorang perempuan, tapi kalau dah layan baik punya lentok, lu ingat perempuan tak fikir lain ke??!
9. Bak kata Brader LepLep, perempuan suka lelaki yang wajahnya manis, bukannya bermulut manis. So, kepada lelaki sekalian, kalau korang nak bermanis mulut dengan teman wanita atau isteri korang je, itu amat-amat digalakkan. Tapi kalau dengan semuaa perempuan korang nak bermulut manis, serius mulut korang dah memang layak buat gula untuk air kopi.
10. Jangan buat perempuan yang korang sayang kecewa. Sebab sekali perempuan TERlalu kecewa dengan korang, selama-lamanya hatinya telah patah. Korang melutut dan menangis air mata darah sekali pun, memang dorang susah nak terima lelaki yang telah mematahkan hati dorang. Bak kata pepatah yang gua reka sendiri "Jerawat di muka mungkin hilang, tetapi parutnya masih ada dan akan memburukkan wajah"
Heyy heyy assalammualaikum, setelah 4 bulan tak tengok wayang dgn keding aku ni, harini tengok jugak wayang dgn dia. Lepas rindu baqqq hang:D Tahu tak kenape tajuk post aku kali ni "The Most Fun Birth DAY In My life"? Sure la tak tahukan? Haha:p, actually aku seronok sgt sebabnya, selama aku hidup 18 tahun ni, baru first time aku keluar dgn BF time bufday aku. Kesian kan kan? Hewhew:D, kali ni punya date rasa cam makin bertambah tambah syg pulak kat Apiq. Rasa mcm "Err, he's mine, takde sape boleh amik" hahaha, *K aku beriaaa:p Whatever lah korang nak cakap ape. Suka hati aku lah, blog aku! Bila org tengah mabuk bercinta mcm ni lah jadinya kan, so biase lah if aku tetiba jiwang jiwang cmni. Hihi, since Apiq dah masuk UTM ni, aku rasa dia makin bertambah2 hensem plak. Nak ckp kat dia face to face, kang takut dia perasan lebih pulak. Harhar:p, so biarlah aku just bagitahu dekat blog ni. Mana tahu dia bukak blog aku senyap senyap kan *perasan jap*. Date kali ni sempat lah jugak ber SNAP SNAP gamba dgn dia, selalunya dia tak suka tangkap gambar, tapi kali ni, okay pulak. Ni nak tunjuk sikit gamba aku dgn dia :-
K gamba ni aku paling suka. Smart pulak gamba candid ni <3
I LOVE HIM <3 <3
Sayang, you are my only :')
Not willing to losing you for the second time :')
I LOVE APIQ FOREVER <3
So, ni jelaaa yang sempat aku snap dengan Si Keding aku ni, hee, btw thanks Keding sbb belanja i wayang and secret recipe. Senang cerita thanks for today, 24th of JUN 2012 will always be in my memory :') ILOVEYOU, MOHAMAD SYAFIQ <3
Assalammualaikum, alaa dah dekat 2 minggu dah aku tak kerja. Tetibe ghrinduuuuu gila kat membe BATA especially KAK LIN, my kakak gosip, hewhew :p Banyak sangat kenangan dekat BATA ni. Suka, sedih, marah, tak puas hati, kutuk mengutuk and paling penting GOSIP. Hihi, semuanya satu kepala tapi ade laa segelintir yg suka tak puas hati kan. Biasa lah nama lagi manusia mana ade yg perfect. Hee, ni nak tunjuk sikit our memories dekat Bata. Rindu beb T.T
Dari kiri : Aku, Izam, Kak lin
Dari kiri : Kak ima, aku, izam, kak lin
Aku tetibe depan, excited, hihi <3
Candid timeee <3
Izam dengan kak lin :)
Ni laaa kak lin yang paling rapat dgn aku, syg dia <3
Izam si poyosss, hihi
Alolo, sho shweeeet :D
Kak ima dengan kak lin
Aku dengan kak ima
Time ni nak balik dah, kak lin last kerja :'(
Tutup kedai
Dari kiri : Farahin, kak lin, aku, ira
Sayang mereka <3
Rindu mereka :'(
Dengan farahin tomei, hee :D
Aloo, camera tak cunn ah
Comel kan? Hihi
Saya sayang korang :D
Peaceeeeeee
Alololo, tomeinyeee ;)
Erghh buruk =.=
Bila takde customer cmni lah kitorang selambe je duduk. Ade aku kesah? Haha:p
Comel nyee peacee kak lin
Depan BATA :)
Abaikan muka aku -.-
Suka gambar ni sbb aku comel, HAHAHA k :p
Rinduuuuu T.T
Over jap
Comel gilaa peacee ni, hewhew
Ni laa ira, adik paling kecik kat bata. Syg kat ira <3
Aku kaku jee
Dari kiri : Ira, izam, aku, abang kam
Gambar terover lighting
Yang ni abang kam, trainee manager kitorang tapi dia dah pindah sitiawan sbb dpt jadi manager kat BATA sane. Rinduu gila kat abang kam T_T
Sayang kak lin forever <3
Dah lama tak bergosip dgn kak lin :(
Me without spect, hee, saje gedik :p
Cover gigi, hahaha
Aku rasa tempat kerja aku yang paling best setakt ni BATA lah sbb aku pun baru first time kerja kan, hahaha:p, rasa rindu je nak kerja balik tapi aku pun dah nak sambung belajar kan, lagi penting! Nanti if ade cuti semester ke, teringin je nak kerja BATA. Hehe, serious kerja kat sini best sangat. Manager aku pun sporting. ILOVEBATA FOREVER <3